Maju dalam kesejahteraan masyarakat, membawa harapan, memperkasakan dan mewujudkan peluang bagi semua orang.

Selama 21 tahun yang lalu, kita mengekalkan inisiatif tanggungjawab sosial untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan membawa perubahan positif kepada insan dan sekitar alam dunia.

Sama ada inisiatif peningkatan kualiti kesihatan & kesedaran pemakanan, kami juga menyumbangkan tenaga dan kewangan kepada misi bantuan bencana atau menganjurkan kempen mengumpul dana untuk program kebajikan kami, usaha kami untuk memperkayakan kehidupan senantiasa membolehkan kami membantu golongan yang diabaikan demi mewujudkan sebuah masyarakat yang penuh kasih sayang dan tenaga positif tanpa mengira latar belakang, bangsa, dan negara.

The Yayasan Elken telah ditubuhkan untuk:

  • Meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat
  • Mengurangkan penderitaan dan membawa harapan kepada insan
  • Memperkasakan kehidupan golongan yang kurang bernasib baik

 

Kami bekerjasama dengan organisasi rakan dan Elkenian untuk menerajui program kemajuan keluarga, masyarakat dan negara.
Melalui usaha mereka, kami terus membantu orang untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, membangunkan status ekonomi dan keperluan sosial mereka serta membina asas pendidikan yang terbaik untuk kejayaan yang lebih besar pada masa depan.

Yayasan Elken

social-responsibility-01

Membantu komuniti

enter

social-responsibility-02

Persatuan Seni & Budaya Timur (OACA)

enter